CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 28 Mei 2009

TEKANAN / STRESS

‘stress’ kalau mengikut kamus progresif inggeris-melayu, adalah ‘tekanan’ atau ‘titik berat’. Jadi apabila seseorang itu memberitahu kita bahawa dia mengalami ‘stress’, ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia sedang menghadapi tekanan hidup dan perasaan. Tekanan hidup adalah satu perkara yang seringkali bermain dalam kehidupan. Setiap yang hidup, pastinya akan merasai tekanan hidup dalam usahanya untuk meneruskan kehidupan. Boleh dikatakan, setiap perasaan yang kita rasakan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan ‘stress’.

Seringkali stress ini diungkapkan dalam sudut yang berbaur negative berbandingkan dalam ruang lingkup yang positif. Stress dianggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakan emosi dan minda. Hendaklah perlu difahamkan bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada di tahap yang sama.

Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau mengenai masalah yang sedang dihadapi. Ketidakseimbangan antara factor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal seperti kemurungan, lemah longai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekirannya tekanan atau stress yang dialami ditahap kritikal. Sekirannya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun penglibatan social mereka.

Apabila berdepan dengan masalah,lazimnya diri diselubungi tekanan, malahan fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringgankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui, anatara ialah:

1. Bersabar dengan segala yang menimpa anda.
2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimnan dan
ketabahan.
3. Setiap masalah ada hikmahnya.
4. Kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba.
5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan diantara keselesaan dan kesengsaraan. Justru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
6. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.
7. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari darupada masalah, Cuma bezanya kecil atau besar masalah yang dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekirannya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.

Mutiara kata “perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyepitkan masamu”

0 ulasan: