CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 21 Mei 2009

Hilangnya Malu Seorang Wanita!!!

Seorg wanita melintas jln. Dia cantik dan b’gaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan b’cahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih, jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yg disarung ke tubuh b’alun sekali sekala mengikut p’gerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula b’imaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yg indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yg baik.

Di suatu sudut yg lain, seorg gadis b’pakaian sopan dgn b’tudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisihnya seorg lelaki sederhana tinggi yg juga b’pakaian sopan.Tangan mereka saling bertaut. Kadang-kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis tersebut. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa org daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok.
Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang kearah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pembencongnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan arti sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukumnya untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu?? Ini merupakan musibah yang memudratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah-tengah masyarakat tidak kira sama ada di Bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan diatas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis-gadis atau wanita-wanita seksi begini hanya boleh ditonton di Bandar-bandar besar.
Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua. Kampong atau Bandar, desa atau pekan, sekolah, univerisiti, taman, pasar, pusat membeli belah,stesen bas dan sebagainya.

Secara realitinya zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kolompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan “menconteng arang ke muka” juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.
Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencetkan pembangunan social dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairanlah, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam islam. Malu atau dalam bahasa arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan.
Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu bersifat kejahataan.Wanita muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap manusia menilai kembali sifat semulajadi atau lahirlah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.Kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus di perjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Mutiara kata:“sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi perkerti dan kersa kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala, engkau turut menjadi mangsanya.”

0 ulasan: