SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN
KEPADA SEMUA PENGIKUT2 BLOGGER aQ..
HEHEHEHEHEHE
Khamis, 17 September 2009
Sabtu, 12 September 2009
fenomena pelik remaja titis air mata darah
CALVINNO Inman, Twinkle Dwivedi dan Rashida Khatoon tidak mengenali satu sama lain, tetapi remaja dari India dan Amerika Syarikat ini berkongsi satu masalah penuh misteri yang membingungkan ramai iaitu mereka mengalirkan air mata darah.
Inman, dari Tennessee, menjadi ‘mangsa’ terbaru masalah misteri itu dan penderitaannya itu menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan media antarabangsa, akhir bulan lalu.
Remaja lelaki berusia 15 tahun itu dikatakan tidak dapat mengawal mengalirkan air mata darah sehingga tiga kali sehari dan berlanjutan selama 15 minit sehingga sejam!
Ketika ramai kagum dengan keadaan dirinya, tetapi tidak ramai yang menyedari masalah itu jelas mengganggu kehidupan Inman. Malah, beliau sering disindir rakan-rakannya yang melabelkannya sebagai kerasukan atau kesakitan setiap kali air mata darahnya mengalir.
“Kadang-kadang saya dapat rasakan ia keluar, sama seperti air mata. Saya berasakan mata saya berair. Kadang-kadang, mata saya terlalu sakit seolah-olah mahu tercabut,” katanya kepada stesen ABC News, baru-baru ini.
Ibu Inman, Tammy Mynatt, yang bimbang dengan keadaan itu berkata, beliau sudah membawa anaknya menjalani pemeriksaan MRI, imbasan CAT dan ultra bunyi serta mengadakan temujanji dengan pakar. Sayangnya, di negara maju seperti Amerika sekali pun, tiada seorang doktor yang dapat mengenal pasti punca keadaan Inman. Malah golongan pakar perubatan turut bingung dengan keadaan itu.
Mynatt menceritakan detik-detik bagaimana beliau menghubungi talian 911 apabila kali pertama anaknya menitiskan air mata darah itu.
“Perkara paling menakutkan dalam hidup saya ialah apabila beliau memandang dan bertanya, ‘Mak, apakah saya akan mati?’ Pertanyaan itu amat menusuk hati kerana sebagai ibu saya cuma mampu memerhatikan tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.
Pakar Oftalmologi, Dr Rex Hamilton, berkata remaja itu mungkin menderita keadaan yang digelar Haemolacria atau ringkasnya ‘air mata darah.’
“Ia cuma perkataan menggambarkan manifestasi air mata darah. Ia tidak menyebut apa-apa mengenai puncanya dan terjadi satu dalam sejuta orang,” katanya.
Tidak kurang pula yang mengaitkan masalah itu dengan kecacatan saluran air mata dan ketumbuhan dalam otak, biarpun ia kekal andaian kerana tiada sebarang bukti perubatan bagi menyokongnya.
Apa yang pasti, keadaan Inman menyamai penderitaan ditanggung Rashida Khatoon, remaja dari Patna, di timur laut India. Seperti juga di Amerika, pakar perubatan India juga tidak mempunyai sebarang jawapan di atas penderitaan gadis itu.
“Saya tidak berasa sakit apabila titisan air mata darah itu keluar. Tetapi tergamam juga melihatkan air mata darah yang mengalir dan bukannya tangisan biasa,” kata Rashida.
Jika Inman dituduh kerasukan, Rashida sebaliknya dipandang mulia penganut Hindu yang menganggap dirinya satu keramat. Mereka sanggup ke rumahnya untuk mendapatkan restu serta memberi hadiah kepada Rashida dan keluarganya.
Seorang lagi remaja India, Twinkle Dwivedi, 13, pula kehilangan darah menerusi kulitnya, termasuk mata tanpa mengalami luka atau calar.
Malah dia terpaksa menjalani pemindahan darah apabila ia keluar menerusi mata, hidung, garis rambut, leher dan tapak kaki. Ada kalanya, keadaannya teruk apabila bangun dengan keseluruhan tubuhnya diselaputi darah kering. Penderitaan Dwivedi sebaliknya dipandang serong oleh penduduk kampung yang percayakan beliau disumpah dan menjerit kata-kata menghina gadis itu.
Keluarganya yang bimbang sudah mendapatkan bantuan daripada ramai doktor selain pemimpin agama pelbagai agama tetapi menemui jalan buntu.
“Saya amat terdesak untuk membantu anak saya. Kami tidak percayakan perkara tahyul tetapi amat terdesak. Kami sudah ke kuil, masjid, gereja tetapi tiada apa dapat menyembuhkan anak saya,” kata ibunya, Nandani, 42.
Pakar perubatan India kini percaya keadaan Dwivedi adalah versi teruk masalah platelet darah yang jarang berlaku dan tidak dapat mencari penawar.
Di Malaysia juga tidak terkecuali digemparkan berita hampir sama kira-kira 24 tahun lalu apabila akhbar melaporkan kanak-kanak yang ketika itu berusia 10 tahun, Yogalingam, dari Perak, mengeluarkan benang daripada matanya.
Selama hampir dua minggu, gumpalan benang berterusan keluar menerusi matanya yang memaksanya ditahan di hospital lebih 10 hari. Kesengsaraan Yogalingam bermula dengan rasa gatal dan sakit pada matanya terutama di kelopak mata kanan. Ibunya, Letchumi, yang cemas dengan keadaan itu segera membawa Yogalingam ke hospital Ipoh. Doktor menemui gumpalan hitam pekat di kelopak mata Yogalingam dan apabila ia dikeluarkan hasilnya amat membingungkan doktor kerana ia adalah seutas benang.
Menurut doktor yang merawatnya, lebih 80 gumpal benang ditarik daripada mata kanan kanak-kanak berkenaan dan panjangnya mencecah enam hingga lapan sentimeter. Ia terus menjadi misteri apabila kajian di Makmal Direktorat Kimia Jabatan Kesihatan Malaysia, mengesahkan benang asli itu daripada serat kapas.
Tidak kurang menariknya kejadian aneh pada 2007 mengenai kemampuan gadis Melaka, Siti Suhana Saadon, mengeluarkan beratus-ratus bebola kecil berbentuk kristal dan permata pelbagai warna menerusi ibu jari kirinya. Sekumpulan pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melakukan kajian, mengesyaki bebola kecil warna jernih seperti kristal, guli dan hirisan kaca yang keluar daripada ibu jari kaki kiri gadis berkenaan hasil tindak balas enzim dan toksik dalam tubuhnya.
Namakan ia apa saja - misteri, aneh atau pelik tetapi bagi umat Islam, keadaan itu tidak sepatutnya menghairankan sebaliknya menjadi sumber kekaguman kepada kebesaran kuasa Allah.
'Fenomena aneh tak dapat diterokai akal'
APAKAH mungkin kejadian air mata darah itu dibuat-buat? Atau mungkinkah ini disebabkan virus tertentu yang menyebabkan pendarahan berlaku?
Namun, bagi Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof Dr Muhaya Mohamad, beliau bersetuju dengan pandangan pakar antarabangsa yang kejadian tangisan darah ini sememangnya satu misteri perubatan yang belum terungkai lagi, biarpun dunia menyaksikan pelbagai perkembangan teknologi perubatan serba canggih.
Ini kerana hakikatnya, biar cerdik mana dan pencapaian manusia, masih ada bidang yang belum dapat diterokai kemampuan akal dan tinggal fenomena aneh yang tiada jawapannya.
“Secara jujurnya, saya katakan keadaan itu adalah satu misteri kerana saya tidak pernah berdepan perkara itu sepanjang 18 tahun menjadi pakar mata. Saya memandangnya sebagai tanda kebesaran Allah SWT.
“Manusia, walaupun berkelayakan sebagai doktor tidak dapat menandingi kuasa Allah SWT. Ilmu kita amat terbatas sedangkan kuasa-Nya tidak terhad.”
Ditanya sama ada dia sendiri pernah berdepan pengalaman merawat pesakit menghidap masalah misteri ini, Dr Muhaya berkata, jika ada pun, ia membabitkan virus sakit mata.
“Kes pernah dikendalikan membabitkan air mata berwarna agak merah jambu yang disebabkan virus sakit mata. Simptomnya membabitkan mata bengkak dan membran yang apabila dibuang menyebabkan warna air mata berubah.
“Tetapi belum pernah saya berdepan dengan pesakit mengalirkan air mata darah. Jika pesakit menghadapi masalah platelet darah kurang sekalipun, pendarahan berlaku pada retina dan dia tidak akan mengalirkan air mata darah,” katanya.
Justeru, Dr Muhaya berkata, kejadian air mata darah itu sememangnya satu misteri.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi penjelasan mengenai kes ini. Ia satu misteri bagi saya tetapi kita tidak boleh terus mengatakan ia dibuat-buat kerana keadaan itu mungkin satu petunjuk Allah SWT.
“Sekali lagi saya tegaskan kita manusia jangan sombong kerana pengetahuan kita amat terhad. Perkara seperti ini pun sudah cukup membingungkan kita,” katanya.
Isnin, 24 Ogos 2009
Selasa, 11 Ogos 2009
11082009
"ANDAI ITU TAKDIRNYA"
(SITI ROSMIZAH)
Cintamu Sesegar Embun nan Pagi
Semakin Resah Menanti Terbit Mentari
Hangatnya yang Membakar Mengeringakan
Segala Keindahan yang Penuh Kepalsuan
" Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. sembilan bulan saya mengandug mereka tanpa suami di sisi. saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekililing.."
" Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. apa yang penting sekarang adalah kebahagian anaknya. sekurang-kurangnya, bila aleya menutup mata, kehidupan dania akan terbela.."
" Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redah. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.."
sya baru ja abis baca nove ni..sememangnya banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dalam novel ni..so korang kalo pergi kedai buku jgn lpa beli novel ni erk..hehehehehe best giler!!
Sabtu, 8 Ogos 2009
AKU KELIRU....
Orang selalu berkata:" kerja lah dengan ikhlas kerana kerja adalah ibadat". Ya..aku sematkan semua di dalam hati. buat apa saja tugas yang diberikan pada aku. dan aku jgak dlm kategori ''LURUS'' (tp xlah cam "BENDUL" LURUS dlm erti kata aku xpndai konar kiri, konar kanan.) aku xpndai kata "TIDAK" selagi apa yg di berikan dlm skop kerja aku. Dan ini m'mbuatkan bos aku & org yg perasaan dia bos aku "SUKA" sangat bg kerja2 kat aku kerana aku xpernah berkira baik dr segi duit, masa & tenaga. Selagi xmenganggu waktu aku b'sama keluarga, aku akan kerahkan tenaga utk selesaikan tugas dgn sempurna.
Tp....bila sejauh ini aku sdah terlanjak..t'lanjak mjdi pekerja/kuli yg t'lalu jujur..aku mula keliru?? kerana org yg b'kerja dgn tulang 4 kerat serta otak tidak kemana. Mereka yg b'kerja dgn air liur adalah pekerja begitu cemerlang buat mereka yg ada di atas sana!!!!
HIKMAH KEMATIAN
Kehidupan berlangsung tanpa disedari daripada detik ke detik. Apakah kamu tidak menyedari bahawa hari-hari yang kamu lalui semakin mendekatkan kamu kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?
Setiap orang yang hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa pengecualian, mereka semua akan mati, setiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja. Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya. Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian akan mati.
Kebanyakan orang menghindari untuk berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat menjauhi kematian, mereka hanya berfikir tentang di manakah mereka akan belajar, di perusahaan manakah mereka akan bekerja, baju apakah yang akan mereka gunakan esok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan.
Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanyalah akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, bahkan seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini.
Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Setiap hari, semua orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi mereka masih tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Tidakkah dia berfikir bahawa kematian itu sedang menunggunya! Ketika kematian dialami oleh seseorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini.
Renungkanlah segala sesuatu yang kamu dapat lakukan saat ini;
Kamu dapat mengerdipkan mata kamu, menggerakkan badan kamu, berbicara, tertawa.
Semua ini merupakan fungsi tubuh kita.
SEKARANG RENUNGKAN BAGAIMANA KEADAAN & BENTUK TUBUH KITA SETELAH KITA MATI NANTI???
Bermula daripada saat kamu menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, kamu tidak ada apa-apa lagi selain “sekujur tubuh”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, kamu akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kapan, jenazah kamu kemudiannya akan dibawa ke kuburan dalam sebuah keranda. Setelah itu, jenazah kamu akan dimasukkan ke dalam liang lahad, maka tanah akan menutupi kamu. Ini adalah kesudahan hidup seorang manusia. Mulai saat tersebut, kamu hanyalah seseorang yang namanya hanya terukir pada batu nisan di kuburan.
Pada bulan-bulan atau tahun-tahun pertama kematianmu, kuburan kamu akan sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak ada seorang pun yang datang mengunjungi pusara kamu. Sementara itu, keluarga terdekat kamu akan mengalami kehidupan yang berbeza setelah kematian kamu. Di rumah, ruang dan tempat tidur kamu akan kosong. Bahkan setelah pengebumian jenazahmu, sebahagian barang-barang milik kamu akan disimpan di rumah; baju, kasut, dan lain-lain yang dulu menjadi milik kamu akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Barang-barang anda di pejabat akan dibuang.
Pada awal tahun pertama kematianmu, beberapa orang masih berkabung akan pemergian kamu kepada Allah Yang Maha Esa. Namun, masa yang bergerak pantas akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima tahun kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang kamu. Bahkan tidak lama kemudiannya, generasi baru akan muncul dan tidak ada seorang pun dari generasi kamu yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah kamu masih diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya lagi.
Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang dikebumikan akan mengalami proses pembusukkan yang cepat. Setelah seseorang manusia itu dimakamkan, maka bakteria-bakteria dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung kerana tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selama proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tidak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.
Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosial atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi. Alangkah singkatnya, “sekujur tubuh” yang tadinya dapat dikenali; mengalami pengakhiran yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi sebahagian dari tanah.
TETAPI APAKAH HIKMAH SEMUA HAL INI TERJADI???
Seandainya Allah ingin, tubuh itu tidak akan membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini terjadi kerana padanya suatu hikmah yang tersembunyi yang sangat penting. Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyedarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata-mata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyedari bahawa ia memiliki suatu kewujudan di luar tubuhnya.
Selain itu, manusia harus faham akan kematian tubuhnya - yang ia cuba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini. Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi. Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan kewujudan sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya kematian tiba-tiba keluarga terdekat sahajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Anggapan yang menyatakan bahawa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau kerana kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka!
Semua orang berfikir, belum saatnya mati dan mereka selalu berfikir selalu masih ada hari esok untuk hidup. Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri mesyuarat di pejabat juga berfikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan oleh mereka bahawa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Kemungkinan, ketika kamu membaca artikel ini, kamu berharap untuk tidak meninggal setelah kamu selesai membacanya atau bahkan meredhai kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasakan bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari sebuah kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya.
Manusia yang diciptakan seorang diri, haruslah waspada bahawa dia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, dia akan hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kapan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi dari dunia inipun dengan cara yang sama. Modal yang dapat dibawa seseorang setelah kematian hanyalah 3 perkara: Amal solehnya, sedekah jariah dan doa daripada anak yang soleh.
>>sesungguhnya, mati merupakan satu kepastian bg kita. Masa, silibus, dan tempat belum diketahui. Yang dketahui hanyalah lembaga penggubal soalan:"ALLAH"
M.A.T.I. entah bila??di mana?macam mana? semua soalan itu takkan dapat dibocorkan!!!!!
~ semoga kita semua dianugerahi husnul khatimah~
Khamis, 6 Ogos 2009
lukisan luar biasa..
Isnin, 3 Ogos 2009
pisang pelik
Selasa, 21 Julai 2009
- camera never lie -
Khamis, 9 Julai 2009
LaWaK jGaK LaH...hEhEhE
"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..??"
"apa?"
"Chimpeng, Chimpeng..saya sudah tanya itu guard ah..dia ckaap sini ada satu Chimpeng.."
"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh..apa tempat itu Chimpeng?"
"Aiyah..itu Chimpeng balu punya..saya mau pigi angkat wang la.."
"Tarak tau la boss. itu kedai ka apa?Along ka?"
"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu...Maypeng, Public Peng, RHetB Peng... itu balu punya Peng.."
Buat aku pening je...
rupa2 nya dia cari...
CIMB Bank..!!!!
huhuhuhu
Khamis, 28 Mei 2009
TEKANAN / STRESS
‘stress’ kalau mengikut kamus progresif inggeris-melayu, adalah ‘tekanan’ atau ‘titik berat’. Jadi apabila seseorang itu memberitahu kita bahawa dia mengalami ‘stress’, ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia sedang menghadapi tekanan hidup dan perasaan. Tekanan hidup adalah satu perkara yang seringkali bermain dalam kehidupan. Setiap yang hidup, pastinya akan merasai tekanan hidup dalam usahanya untuk meneruskan kehidupan. Boleh dikatakan, setiap perasaan yang kita rasakan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan ‘stress’.
Seringkali stress ini diungkapkan dalam sudut yang berbaur negative berbandingkan dalam ruang lingkup yang positif. Stress dianggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakan emosi dan minda. Hendaklah perlu difahamkan bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada di tahap yang sama.
Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau mengenai masalah yang sedang dihadapi. Ketidakseimbangan antara factor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal seperti kemurungan, lemah longai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekirannya tekanan atau stress yang dialami ditahap kritikal. Sekirannya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun penglibatan social mereka.
Apabila berdepan dengan masalah,lazimnya diri diselubungi tekanan, malahan fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringgankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui, anatara ialah:
1. Bersabar dengan segala yang menimpa anda.
2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimnan dan
ketabahan.
3. Setiap masalah ada hikmahnya.
4. Kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba.
5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan diantara keselesaan dan kesengsaraan. Justru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
6. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.
7. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari darupada masalah, Cuma bezanya kecil atau besar masalah yang dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekirannya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.
Mutiara kata “perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyepitkan masamu”
Khamis, 21 Mei 2009
Hilangnya Malu Seorang Wanita!!!
Seorg wanita melintas jln. Dia cantik dan b’gaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan b’cahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih, jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yg disarung ke tubuh b’alun sekali sekala mengikut p’gerakan tubuhnya.
Mata-mata yang melihat mula b’imaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yg indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yg baik.
Di suatu sudut yg lain, seorg gadis b’pakaian sopan dgn b’tudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisihnya seorg lelaki sederhana tinggi yg juga b’pakaian sopan.Tangan mereka saling bertaut. Kadang-kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis tersebut. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.
Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa org daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok.
Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang kearah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pembencongnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.
Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan arti sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.
Apa hukumnya untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu?? Ini merupakan musibah yang memudratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.
Di tengah-tengah masyarakat tidak kira sama ada di Bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan diatas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis-gadis atau wanita-wanita seksi begini hanya boleh ditonton di Bandar-bandar besar.
Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua. Kampong atau Bandar, desa atau pekan, sekolah, univerisiti, taman, pasar, pusat membeli belah,stesen bas dan sebagainya.
Secara realitinya zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kolompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan “menconteng arang ke muka” juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.
Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencetkan pembangunan social dan kemajuan dalam dunia wanita.
Tidak hairanlah, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.
Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam islam. Malu atau dalam bahasa arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan.
Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu bersifat kejahataan.Wanita muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.
Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap manusia menilai kembali sifat semulajadi atau lahirlah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.Kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus di perjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.
Mutiara kata:“sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi perkerti dan kersa kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala, engkau turut menjadi mangsanya.”
Khamis, 2 April 2009
lawatan kt muzium sabah
1, ni kami bru sampai kt muzium sabah
2, sempat lg b'gambar..hehehe
3, rombongan lawatan dr giatmara tuaran. kt belakang tu adlh pengiring kami.
4, ni plak gmbar kt rumah bajau..cantik jgak rmh tu.hehehe
5, ni la menti sya..norsuhadah & tina. ni kt rmh pekebun cina.
6, ni da nk balik..letih jgak jln2 kt muzium tu..tp best la jgak.
lawatan kt giatmara sepanggar
Khamis, 19 Mac 2009
13 march 2009
cuti2 malaysia
Sabtu, 28 Februari 2009
~B!La Aku DaH SaYaNG Kamu..
~B!la Aku Dah SayaNg Kamu..
~JgN sesekal! Buat Aku BencI Kamu..
~B!la AkU DaH SaYaNg KaMu..
~JgN SeSekaL! LuKa! Hat!ku..
~B!La Aku DaH SaYaNG KaMu..
~JgN SesEKaL! BuAt Aku MeNdeNDaM! Mu.
Khamis, 26 Februari 2009
Selasa, 6 Januari 2009
CeRiTa AiR MaTa
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.
"Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan. Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keridhaan, sifat qana ah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi " Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.