Seseorang yang "putus cinta" biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R'ad ayat 28, "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, "zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah)."[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, "Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud `Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan `Maha suci Allah yang Maha Besar.' Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]
Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.
Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Wallahu'alam.
Selasa, 30 Disember 2008
PETUA MENGHADAPI SUASANA"FRUST BERCINTA"
Dicatat oleh lavenderlara di 8:36 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan