CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 30 Disember 2008

JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA!!!


JAMBATAN TERPANJANG
China hari ini membuka secara rasmi jambatan merentasi laut terpanjang di dunia yang bakal menjadi satu daripada mercu tanda negara ini.Jambatan Teluk Hangzhou sepanjang 36 kilometer yang menghubungkan bandar industri Ningbo dengan Shanghai ini mampu memendekkan jarak perjalanan sebanyak 120 kilometer.Laluan baru itu juga berjaya memendekkan jarak perjalanan berkereta antara bandar Ningbo dan Jiaxing kepada hanya dua setengah jam berbanding empat jam sebelum ini.more...Majlis perasmian itu disiarkan secara langsung menerusi televisyen kebangsaan dan agensi berita Xinhua melaporkan, kenderaan mula menggunakan jambatan enam lorong tersebut, lewat hari ini.Jambatan yang dibina dengan harga 11.8 bilion yuan (RM5.4 bilion) itu mula dibina pada November 2003 dan siap sepenuhnya lewat bulan lalu.Sebahagian daripada pembiayaan pembinaan jambatan itu disalurkan oleh pihak swasta, iaitu yang pertama seperti itu melibatkan projek infrastruktur di negara ini.Sebelum ini, Jambatan Donghai sepanjang 32.5 kilometer merupakan jambatan merentasi laut yang terpanjang di China.Ia menghubungkan Shanghai dengan pelabuhan laut dalam Yangshan.

1 ulasan:

gamgam berkata...

wa boleh tahan lah juga uncle jambatan tu ah
panjang tuuuuu............
nanti kita buat yang paling pendek