CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 30 Disember 2008

PETUA MENGHADAPI SUASANA"FRUST BERCINTA"

Seseorang yang "putus cinta" biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R'ad ayat 28, "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, "zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah)."[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, "Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud `Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan `Maha suci Allah yang Maha Besar.' Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Wallahu'alam.

JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA!!!


JAMBATAN TERPANJANG
China hari ini membuka secara rasmi jambatan merentasi laut terpanjang di dunia yang bakal menjadi satu daripada mercu tanda negara ini.Jambatan Teluk Hangzhou sepanjang 36 kilometer yang menghubungkan bandar industri Ningbo dengan Shanghai ini mampu memendekkan jarak perjalanan sebanyak 120 kilometer.Laluan baru itu juga berjaya memendekkan jarak perjalanan berkereta antara bandar Ningbo dan Jiaxing kepada hanya dua setengah jam berbanding empat jam sebelum ini.more...Majlis perasmian itu disiarkan secara langsung menerusi televisyen kebangsaan dan agensi berita Xinhua melaporkan, kenderaan mula menggunakan jambatan enam lorong tersebut, lewat hari ini.Jambatan yang dibina dengan harga 11.8 bilion yuan (RM5.4 bilion) itu mula dibina pada November 2003 dan siap sepenuhnya lewat bulan lalu.Sebahagian daripada pembiayaan pembinaan jambatan itu disalurkan oleh pihak swasta, iaitu yang pertama seperti itu melibatkan projek infrastruktur di negara ini.Sebelum ini, Jambatan Donghai sepanjang 32.5 kilometer merupakan jambatan merentasi laut yang terpanjang di China.Ia menghubungkan Shanghai dengan pelabuhan laut dalam Yangshan.

SeSi AkHiR TaHuN


tanpa sue & sofea..
kn best kalo dorang ada..
he3..

Isnin, 29 Disember 2008

PeRmATa yAnG DicRi

HaDirnYA tAnPA kUsEdARi
MeNgGaMit KaSiH CinTa Bersemi
hAdiR cInTa InsAn PaDa Ku iNi
AnuGerAh KurniAa ILAHI

LembUt TuTuR bICARanYA
mEnArIk hAtiKu Utk menDekatiNya
KesopanAnnyA MemiKat Di Hati
MendAMaikan JiwaKu yg Resah ini

Ya ALLAH jIKa dia Benar unTukku
DekAtkanLaH HatiNya denGan HatiKu
Jika dia Bukan mIlik ku
DamaikAnlah hAtiku dGN Ketentuanmu

Dialah pErMata Yg dicari
sElaMa ini Baru KuTemUi
tApi Ku tak Pasti Rencana ILAHI
aDAKah dia kAn kU mILIki

Tidak sEkAli di nodai naFsu
AkaN kU bATasi dgn SyariatMU
jIKA dIrinya bUkan UntuKku
Redha haTiku dgn KeteNtuanMU

Ya ALLAH..
EngkaULah TemPat ku BergAntuNG hARaPan
Ku haRap Diriku SeNtIasa Di bawah RahMatMU

SiMpAnG MeNgAyAu BeSt





















Selasa, 23 Disember 2008

Warna Mampu Redahkan Tekanan

Merah>>Hilangkan masalah sakit kepala. Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

Biru>>Mengurangkan tekanan di tempat kerja. Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.

Merah jambu>>Elakkan insomnia. Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!

Jingga>>Ceriakan mood. Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

Hijau>>Lenyapkan keletihan.Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Fakta2 Menarik Yang Pelik

  • Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

  • Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

  • Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

  • Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

  • Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

kenapa kita perlu minum air????

"Tubuh terdiri drpd hampir 70 peratus cairan dan kita hanya blh bertahan selama kira-kira stu minggu hidup tanpa air. Tetapi mengapa air itu baik utk tubuh? Di sini disenarikan lima alsannya:

1.Air blh menyejukkanWaktu tghari yg begitu panas kadangkala kita tdk sedar bahawa tubuh kita sdg berpeluh. Peluh blh mengingatkan kita utk segera minum air. Sbb jika tdk cukup air utk memproduksikan peluh, volume darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.

2.Mengumpulkan zat2 makananAir membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendri. Juga beberapa zat makanan yg larut dlm air sehingga diserap dgn air.

3.Mempermudah proses pembuanganJika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota ter****t mengalami kesakitan.

4.Menjaga kulit tetap halusSel memang mengandungi air, krn itu bekalan yg cukup akan menjadikan kulit kite lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi juga , seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka aklan kelihtan lebih uzur.

5.Bebas dari batu karangBatu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tdk terpakai atau komponen lain yg melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dgn bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebsar baru. Jika kita byk minum, batu-batu itu akan keluar di bawa oleh air.Sesetengah org menunggu hingga betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sdgkan sebnarnya haus adalah petanda awal drpd dehidrasi kekurangan cairan dlm badan.

Isnin, 22 Disember 2008

fakta or auta

>>>Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
>>>Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
>>>Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Cinta!!!

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan,
ku bukan priyayi,
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa

Ku bukan bangsawan,
ku bukan penyanyi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa……

futsal best


best jgak main futsal ni kn...
hehehehehe

futsal best


Jom kongsi bersama dan amalkan 11 amalan setiap hari supaya syaitan tidak mengganggu kite... InsyaAllah.

1. Banyakkan membaca Auzubillahiminasyaitannirajim...
2. Banyakkan Berzikir,Tahmid
3. Membaca 3 qul
4. Membaca ayat kursi waktu tidur
5. Membaca Surah Al-Baqarah
6. Membaca 'laailahaillallahwahdahualasyarikah... ...
(sebanyaknya-kalau tak sempat pun 10x setiap lepas solat)
7. Sentiasa dalam keadaan berwuduk
8. Control mata(kawal mata dari melihat perkara maksiat)
9. Bersahabat dengan org beriman
10. Dirikan solat dengan khusyuk
11. Sentiasa buat solat taubat dan bertaubatlah..
Wallahualam